Wolfsschanze

Wolfsschanze is located in Bumi
Wolfsschanze
Wolfsschanze (Bumi)
Maklumat umumBandar/pekanHutan Gierłoż, Rastenburg, PolandKoordinat54°04′46″N 21°29′37″E / 54.079344°N 21.493544°E / 54.079344; 21.493544Koordinat: 54°04′46″N 21°29′37″E / 54.079344°N 21.493544°E / 54.079344; 21.493544Pembinaan bermula1940
Disiapkan pada
21 Jun 1941Diruntuhkan pada24-25 Januari 1945PemilikKerajaan PolandReka bentuk dan seni binaFirma arkitekHochtief AG
Organisasi Todt
Lokasi Wolf's Lair dalam sempadan sekarang.

Wolfsschanze ("Sarang Serigala" - juga dalam bahasa Inggeris: Wolf's Laircode: en is deprecated ) adalah merupakan sebuah ibu pejabat ketenteraan pertama Adolf Hitler di perbatasan timur semasa Perang Dunia II. Ia merupakan salah satu daripada beberapa Markas Führer (Führerhauptquartier) yang terletak di pelbagai tempat di Eropah. Kompleks ini yang dibina untuk Operasi Barbarossa, serangan Jerman ke atas Kesatuan Soviet pada tahun 1941, terletak di dalam hutan Masuria, kira-kira 8 kilometer (5.0 bt) daripada sebuah bandar kecil Rastenburg, Prusia Timur (kini Kętrzyn di Poland).

Sistem kubu asal telah dibina oleh Organisasi Todt, tetapi rancangan pembesaran selepasnya tidak pernah disiapkan; kerja-kerja pembesaran telah dihentikan hanya beberapa hari sebelum kemaraan Tentera Merah Rusia ke Angerburg (kini Węgorzewo), sejauh kira-kira 15 kilometer (9.3 bt) darinya. Merupakan markas paling rahsia dengan keselamatan yang ketat, ia telah dikawal oleh anggota-anggota daripada Reichssicherheitsdienst SS dan pasukan daripada Führer Begleit Brigade armor Wehrmacht'. Walaupun tiga zon sekuriti mengelilingi tengah kompleks dimana Führer bunker ditempatkan, satu percubaan membunuh Hitler telah berlaku di Wolf's Lair pada 20 Julai 1944.

Hitler tiba buat pertama kali di Wolf's Lair pada lewat malam 23 Jun 1941,[1] dan berlepas pulang untuk kali terakhir pada 20 November 1944. Keseluruhannya, beliau telah menghabiskan lebih daripada 800 hari di sini sepanjang tempoh 3 1/2-tahun.

Kompleks ini dimusnahkan dan ditinggalkan pada 25 Januari 1945, hanya 48 jam sebelum kedatangan tentera Soviet. Sisa tinggalannya kini terletak di perkampungan desa, Gierłoż (Jerman: Forst Görlitzcode: de is deprecated ) berdekatan Kętrzyn, Poland.[2]

Nama

Wolfsschanze berasal dari perkataan "Wolf" (Serigala), iaitu nama samaran Hitler (mungkin selepas nama pertama, Adolf).[3] Beliau mula menggunakan nama samaran pada awal tahun 1930an dan ia kerap dipanggil oleh orang yang rapat dengannya. Perkataan "Wolf" telah digunakan dalam beberapa markas Hitler diseluruh taklukan Eropah, seperti Wolfsschlucht I dan II di Belgium dan Werwolf di Ukraine.[4]

Walaupun terjemahan standard dalam bahasa Inggeris ialah "Wolf's Lair", perkataan Schanze dalam bahasa Jerman merujuk kepada "perlindungan" atau "kubu" dalam bahasa Inggeris Norman.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kershaw tidak disediakan
  2. ^ Dahulunya, kompleks ini terletak di wilayah Prusia Timur, Jerman, iaitu bahagian selatan di mana ia kemudian telah diberikan kepada Republik Rakyat Poland selepas tamat perang pada tahun 1945.
  3. ^ Antony Beevor (2001). Stalingrad. London: Penguin Books. m/s. 97. ISBN 0-14-100131-3. As an alternative to Wolfsschanze at Rastenburg, it was code-named Werwolf. (The word Wolf, an old German version of Adolf, clearly gave the Führer an atavistic thrill.)
  4. ^ John Toland (1978). Adolf Hitler. New York: Ballantine Books. m/s. 978. ISBN 0-345-27385-0. Hitler moved his headquarters deep into the Ukraine […] a few miles northeast of Vinnitsa. Christened Werwolf by himself, it was an uncamouflaged collection of wooden huts located in a dreary area.

Rujukan

Sumber
  • Junge, Traudl, "Bis Zur Letzten Stunde: Hitlers Sekretärin erzählt ihr Leben", München: Claassen, 2002, pp. 131, 141, 162.
  • Junge, Traudl, "Until the Final Hour: Hitler's Last Secretary", London: Weidenfeld and Nicholson, 2003, pp. 116, 126, 145.
  • Junge, Traudl, "Voices from the Bunker", New York: G.P.Puttnam's sons, 1989.
  • Kershaw, Ian (2000). Hitler, 1936–45. New York: W.W. Norton. ISBN 978-0-393-04994-7.
  • Müller, Heinrich, The Official Gestapo report on 20 July Assassination Plot (Heinrich Müller, SS-Gruppenführer, Amtschef, Reichssicherheitshauptamt-IV- Sonderkommission 20 July 1944. Berlin, den 26. Juli 1944).
  • Speer, Albert, "Inside the Third Reich", New York and Toronto: Macmillan, 1970, p. 217.
Dokumentari
  • Ruins of the Reich Diarkibkan 2012-02-24 di Wayback Machine DVD R.J. Adams (history and ruins of Wolfsschanze)

Pautan luar

  • Wolf's Lair website
  • l
  • b
  • s
Politik
  • Führer
  • Pandangan Politik
  • Arahan Politik
  • Ucapan
  • Mein Kampf
  • Zweites Buch
  • Wasiat terakhir
  • Buku
Peristiwa
Tempat tinggal
Kediaman awam
Kehidupan peribadi
Barangan peribadi
  • Blondi (anjing)
  • Glob Hitler
  • Bendera peribadi
  • Perpustakaan peribadi
Persepsi
  • Buku
  • Dalam budaya popular
  • Der Sieg des Glaubens
  • Triumph des Willens
  • Hitler: The Last Ten Days
  • The Meaning of Hitler
  • Molokh
  • Hitler: The Rise of Evil
  • Der Untergang
Keluarga
  • Eva Braun (isteri)
  • Alois (bapa)
  • Klara (ibu)
  • Alois Jr. (abang tiri)
  • Angela (kakak tiri)
  • Gustav (abang)
  • Ida (kakak)
  • Otto (abang)
  • Edmund (adik)
  • Paula (adik)
  • Leo Rudolf Jr. (anak buah tiri)
  • Geli (anak buah tiri)
  • Elfriede (anak buah tiri)
  • William Patrick (anak buah tiri)
  • Heinz (anak buah tiri)
Lain-lain
  • Teori konspirasi tentang kematian Hitler
  • Para ajutan Hitler
  • Jalan sempena nama Hitler