Braunes Haus

Bangunan Brown House, 1935

Braunes Haus [brau-nĕs haus] ("Rumah Perang") adalah ibu pejabat kebangsaan Parti Nasional Sosialis (Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei) di Jerman. Ia sebuah rumah batu besar ini bertempat di alamat 45 Brienner Strasse di Munich, Bavaria; ia diberi nama sedemikian sempena warna perang pakaian seragam dipakai anggota parti tersebut.

Menjelang tahun 1930, ibu pejabat parti di Schellingstrasse 50 adalah terlalu kecil (jumlah pekerja bertambah dari empat orang kepada 50 orang pada tahun 1925). Pada April 1930, Elizabeth Stefanie Barlow (balu William Barlow, seorang peniaga borong berbangsa Inggeris) menawarkan Istana Barlow (dibina pada 1828) untuk dijual kepada Franz Xaver Schwarz, bendahari parti. Perjanjian jualbeli telah ditandatangani pada 26 Mei, dengan harga jualan 805,864 marks. Dana untuk pengubahsuaian ibu pejabat parti telah disediakan oleh usahawan Fritz Thyssen. Rumah tersebut ditukar daripada villa bandar kepada bangunan pejabat oleh arkitek Paul Troost. Beliau dan Adolf Hitler juga menghiasinya semula mengikut gaya berat dan anti moden. Ia dibuka pada 1 Januari 1931. Adolf Hitler menggantung potret bersaiz sebenar Henry Ford di sebelah mejanya di Brown House semenjak Ford dan Adolf Hitler mengkagumi pencapaian masing-masing.

Hitler, Hans Frank, Heinrich Himmler, Hermann Goering, Rudolf Hess, Philipp Bouhler dan Franz Xaver Schwarz mempunyai pejabat tersendiri di bangunan ini. Juga disimpan di sana ialah Blutfahne, atau "bendera berdarah" atau "panji-panji berdarah." Ini merupakan bendera Nasional Sosialis yang dibawa di depan demonstrasi semasa Beer Hall Putsch 1923. Apabila polis Munich melepaskan tembakan kearah perarakan, ia telah terpercik dengan darah orang yang tercedera dan menjadi relik suci Parti Nasional Sosialis.

Bangunan ini telah mengalami kerosakan pada Oktober 1943 dan musnah sepenuhnya dalam satu serangan bom udara Bersekutu pada penghujung Perang Dunia II. Runtuhan tersebut telah dibersihkan pada tahun 1947, meninggalkan tapak yang kosong.

Pada Disember 2005, pemerintah negeri Bavaria mengumumkan bahawa tapak tersebut bakal menjadi tempat NS-Dokumentationszentrum (Pusat Dokumentasi Sejarah Nasional Sosialisme).

Lihat juga

  • Parti Nazi

Rujukan

  • Kasher, Stephen. The Art of Adolf Hitler. MIT Press, 1992.

Pautan luar

  • Nazi Architecture in Munich
  • Braunes Haus, München In German.
  • Alan Heath: Munich Brown House di YouTube
  • "Munich Evokes the Past in Future Museum" Jewish Daily Forward Fri. Feb 10, 2006

Koordinat: 48°08′43″N 11°34′03″E / 48.14528°N 11.56750°E / 48.14528; 11.56750

  • l
  • b
  • s
Adolf Hitler
Politik
  • Führer
  • Pandangan Politik
  • Arahan Politik
  • Ucapan
  • Mein Kampf
  • Zweites Buch
  • Wasiat terakhir
  • Buku
Peristiwa
Tempat tinggal
Kediaman awam
Kehidupan peribadi
Barangan peribadi
  • Blondi (anjing)
  • Glob Hitler
  • Bendera peribadi
  • Perpustakaan peribadi
Persepsi
  • Buku
  • Dalam budaya popular
  • Der Sieg des Glaubens
  • Triumph des Willens
  • Hitler: The Last Ten Days
  • The Meaning of Hitler
  • Molokh
  • Hitler: The Rise of Evil
  • Der Untergang
Keluarga
  • Eva Braun (isteri)
  • Alois (bapa)
  • Klara (ibu)
  • Alois Jr. (abang tiri)
  • Angela (kakak tiri)
  • Gustav (abang)
  • Ida (kakak)
  • Otto (abang)
  • Edmund (adik)
  • Paula (adik)
  • Leo Rudolf Jr. (anak buah tiri)
  • Geli (anak buah tiri)
  • Elfriede (anak buah tiri)
  • William Patrick (anak buah tiri)
  • Heinz (anak buah tiri)
Lain-lain
  • Teori konspirasi tentang kematian Hitler
  • Para ajutan Hitler
  • Jalan sempena nama Hitler