Ustazah Robotik

Ustazah Robotik
GenreDrama
Cinta
Komedi
Futuristik
Ditulis olehUmmu Hani Abu Hassan
PengarahShuhaimi Zulkefli
Dibintangi oleh
  • Puteri Sarah Liyana
  • Zaki Azeman
  • Maisara Sufia
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Side Fx Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV Al-Hijrah
Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal8 November 2021 – 20 Disember 2021
Kronologi
MengikutiDia Isteriku
Diikuti olehSepi Itu Pasti

Ustazah Robotik ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Zulkefli, dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana, Zaki Azeman, dan Maisara Sufia. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Qalbu , TV Al-Hijrah bermula 8 November 2021[1] menggantikan Dia Isteriku.

Sinopsis

Mengisahkan Asma (8 tahun) sangat obses terhadap permainan robot kerana mendapat pendedahan daripada ayahnya, seorang jurutera robot. Walau bagaimanapun, ayahnya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa menyebabkan minatnya terhenti seketika dek perasaan kurang senang ibunya terhadap robot.

Asma memberontak dalam diam kerana robot seolah menghubungkan hatinya dengan rindu kepada arwah ayah. Ibunya akur dan cuba mendorong minat Asma terhadap robot sehinggalah anak sulungnya itu berjaya menjadi jurutera robotik. Dalam liku-liku hidupnya mencapai impian, Asma jatuh hati kepada bosnya sendiri, Muaz.

Peribadi Asma yang berakhlak mulia dan kecekapannya mengendalikan teknologi robot menyebabkan ibu mentuanya memanggil Asma dengan panggilan ‘Ustazah Robotik.’

Kisah ini turut mengangkat nilai-nilai kemanusiaan dengan teknologi yang tidak dapat dipisahkan. Serta menggilap sifat kemanusiaan robot yang kadangkala lebih ‘manusiawi’ daripada manusia.

Pelakon

  • Puteri Sarah Liyana sebagai Asma
  • Zaki Azeman sebagai Muaz
  • Maisara Sufia sebagai Ilya
  • Ameerul Asyraf sebagai Miftah
  • Kuza Muzani sebagai Puan Tini
  • Kartina Aziz sebagai Nenek
  • Esma Daniel sebagai Dato Hamzah
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Sufinah
  • Lan Zailan sebagai Encik Farhan
  • Illey Mohtada sebagai Julia
  • Fazreen Rafi sebagai Syamil
  • Mohd Hashim sebagai Pak Long
  • Sharifah Nur Anthasha sebagai Mak Long
  • Mohd Azfar sebagai Azfar
  • Hany Nur Marcella sebagai Sufi

Rujukan

  1. ^ Drama Ustazah Robotik mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.