Tulang sesamoid

Tulang sesamoid
Bahagian sagital sendi lutut kanan.
Tulang sesamoid di hujung distal tulang metatarsus pertama kaki.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinossa sesamoidea
MeSHD012716
TAA02.0.00.016
FMAFMA:32672
Istilah anatomi tulang
[sunting di Wikidata]

Dalam bidang anatomi, tulang sesamoid adalah tulang yang terbenam di dalam tendon.


Anatomi manusia

Tulang sesamoid boleh dijumpai pada sendi-sendi di seluruh badan, termasuk:

  • Pada lutut — patela (di dalam tendon kuadriseps).
  • Pada tangan — dua tulang sesamoid umum ditemui di bahagian-bahagian distal tulang metakarpus pertama (di dalam tendon adductor pollicis dan flexor pollicis brevis). Juga umum terdapat sebatang tulang sesamoid di bahagian distal tulang metakarpus kedua.
  • Pada pergelangan tangan - pisiform pergelangan tangan adalah tulang sesamoid (di dalam tendon flexor carpi ulnaris).[1]
  • Pada kura kaki - tulang metatarsus pertama biasanya memiliki dua batang tulang sesamoid di sambungannya dengan ibu jari kaki (kedua-duanya dalam tendon flexor hallucis brevis).[2] Bagi sesetengah orang, hanya satu sesamoid terdapat pada MTP pertama.

Kecederaan dan kelainan

  • Penyakit kaki yang umum bagi penari ialah sesamoiditis.
  • Tulang sesamoid bipartit (dwibahagian) terjadi apabila sesamoidnya berada dalam dua entiti berasingan — biasanya kongenital, tetapi mungkin berkaitan dengan sejarah trauma.
  • Tulang sesamoid mempunyai bekalan darah yang amat terhad. Ia amat sukar untuk disembuhkan jika tidak dirawat, dan sering kali menyebabkan nekrosis avaskular iaitu kematian tulang yang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah.[3]

Dalam haiwan lain

Dalam anatomi kuda, istilah tulang sesamoid biasanya memaksudkan dua batang tulang sesamoid yang terdapat di belakang keting atau sendi-sendi metakarpofalanks/metatarsofalanks di kedua-dua kaki belakang dan depan. Sepatutnya tulang ini dinamakan tulang sesamoid proksimal (dekat pangkal paha) sementara tulang navikular dipanggil tulang sesamoid distal (dekat tapak kaki). Patela juga merupakan sebentuk tulang sesamoid dalam kuda.

Dalam panda gergasi[4] dan panda merah,[5] sesamoid radialnya lebih besar daripada tulang yang seumpamanya dalam beruang. Tulang sesamoid ini terutama sekali adalah sokongan tulang untuk lapik di atasnya, membolehkan jari-jari lainnya untuk memegang bulu sambil memakannya. Ibu jari panda sering dipetik sebagai contoh umum bagi eksaptasi, yang mana sifat yang berevolusi untuk satu kegunaan disesuaikan untuk kegunaan lain.[6]

Lihat juga

  • Fabela
  • Cyamella (tulang)

Catatan

  1. ^ Tim D. White, Human Osteology, 2nd edition (San Diego: Academic Press, 2000), 199, 205.
  2. ^ White, Human Osteology, 2nd edition, 257-261.
  3. ^ http://www.footankleinstitute.com/sesamoid-fracture/
  4. ^ Arthro.com: The Panda's Thumb
  5. ^ Evidence of a false thumb in a fossil carnivore clarifies the evolution of pandas PNAS December 30, 2005
  6. ^ The Panda's Peculiar Thumb, Nature Magazine Vol. LXXXVII No. 9, Nov. 1978, by Stephen J. Gould

Rujukan

  • Gray's Anatomy (1918) (Bartleby)

Templat:Bone and cartilage