Perissodactyla

Ungulat berjari ganjil
Julat zaman: 56–0 Ma
PreЄ
Є
O
S
D
C
P
T
J
K
Pg
N
?Lewat Paleosen - Kini
Telapuk kuda
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Chordata
Kelas:
Mammalia
Infrakelas:
Eutheria
Superorder:
Laurasiatheria
Order:
Perissodactyla

Owen, 1848
Families[1]
  • Equidae
  • Tapiridae
  • Rhinocerotidae
  • Lambdotheriidae
  • †Brontotheriidae
  • †Palaeotheriidae
  • †Isectolophidae
  • †Pachynolophidae
  • †Chalicotheriidae
  • †Lophiodontidae
  • †Lophialetidae
  • †Helaletidae
  • †Deperetellidae
  • †Hyrachyidae
  • †Hyracodontidae
  • †Rhodopagidae
  • †Amynodontidae

Perissodactyla (Yunani: περισσός, perissós, "tidak sekata", + δάκτυλος, dáktylos, "jari") merupakan sebuah order mamalia yang telapuknya mempunyai bilangan jari yang ganjil (1, 3, atau 5 batang).[2] Selalunya, jari tengah di setiap telapuknya lebih besar daripada jari-jari lain. Ahli Perissodactyla lazimnya merupakan haiwan peragut yang besar-besar, tetapi tidak seperti ahli Artiodactyla berjari genap yang ruminan, ianya mempunyai perut yang agak ringkas kerana menapai di usus belakang, mencerna selulosa tumbuhan di dalam usus daripada dalam perut. Antara ahlinya ialah kuda, tenuk, dan badak sumbu.

Taksonomi

Ahli-ahli order ini terbahagi kepada dua suborder:

  • Hippomorpha, ungulat berjari ganjil yang kini berupa pelari laju berkaki panjang dengan sebatang jari sekaki. Satu-satunya famili dalam suborder ini ialah Equidae (yang hanya tinggal genus Equus), terdiri daripada kuda, kuda belang, keldai, dan spesies-spesies berkaitan. Makhluk pupus Brontotheriidae yang seakan-akan badak sumbu turut tergolong dalam suborder ini. Kedua-dua keluarga mungkin keturunan Palaeotheriidae.
  • Ceratomorpha, memiliki beberapa batang jari yang berfungsi; lebih berat dan bergerak lebih perlahan daripada Hippomorpha. Suborder ini ada dua famili yang wujud, iaitu: Tapiridae (tapir) dan Rhinocerotidae (badak sumbu). Chalicotheriidae yang pupus mungkin tergolong dalam suborder ini.

Tiga famili Perissodactyla yang masih wujud digolongkan seperti berikut:

Rujukan

  1. ^ Hooker, 2005, p. 206.
  2. ^ American Heritage Dictionary of the English Language, 3rd edition, 1992, p. 1348
  • l
  • b
  • s
Order mamalia maujud mengikut infrakelas
Alam Animalia · Filum Chordata · Subfilum Vertebrata
Australosphenida
Monotremata (Platipus dan nokdiak)
Metatheria
(termasuk Marsupial)
Ameridelphia
Paucituberculata · Didelphimorphia (Opasam)
Australidelphia
Microbiotheria · Notoryctemorphia · Dasyuromorphia · Peramelemorphia · Diprotodontia (Kanggaru dan saudaranya)
Eutheria
(Termasuk Plasental)
Cingulata (Armadilo) · Pilosa
Afrosoricida · Macroscelidea · Tubulidentata · Hyracoidea (Hiraks/wabar) · Proboscidea (Gajah) · Sirenia (Dugung dan manati)
Soricomorpha (Tikus kesturi dan mole) · Erinaceomorpha (Landak susu dan saudaranya) · Chiroptera (Kelawar) · Pholidota (Tenggiling) · Carnivora · Perissodactyla (Ungulat jari ganjil) · Artiodactyla (Ungulat jari genap) · Cetacea (Ikan paus dan dolfin)
Euarchontoglires
Rodentia (tikus, tupai dan saudaranya) · Lagomorpha (arnab dan saudaranya) · Scandentia (tupai tanah) · Dermoptera (kubung) · Primat
  • l
  • b
  • s
Spesies-spesies Perissodactyla (Ungulat berjari ganjil) yang wujud mengikut suborder
Equidae
(Rumpun kuda)
Equus
(termasuk Kuda belang)
  • Subgenus Equus: Kuda liar (E. ferus)
  • Kuda jinak (E. ferus caballus)
  • Subgenus Asinus: Keldai liar Afrika (E. africanus)
  • Keldai (E. africanus asinus)
  • Onager (E. hemionus)
  • Kiang (E. kiang)
  • Subgenus Hippotigris: Kuda belang dataran (E. quagga)
  • Kuda belang gunung (E. zebra)
Rhinocerotidae
(Badak sumbu)
Rhinoceros
  • Badak sumbu India (R. unicornis)
  • Badak raya (R. sondaicus)
  • Badak sumbu kerbau (D. sumatrensis)
  • Badak sumbu putih (C. simum)
  • Badak sumbu hitam (D. bicornis)
Tapiridae
(Tenuk)
  • Tenuk Amerika Selatan (T. terrestris)
  • Tenuk Baird (T. bairdii)
  • Tenuk gunung (T. pinchaque)
  • Tenuk Malaya (T. indicus)
Kategori