Penjanaan elektrik

Penjana turbo

Penjanaan elektrik ialah proses menghasilkan tenaga elektrik daripada tenaga bentuk lain.

Prinsip asas penghasilan elektrik ditemui pada 1820-an dan awal 1830-an oleh ahli sains British Michael Faraday. Kaedah asasnya masih digunakan sehingga kini, iaitu elektrik dijana oleh pergerakan gegelung dawai, atau kepingan cakera tembaga antara kutub-kutub magnet.[1]

Bagi utiliti elektrik, ia adalah proses pertama dalam penghantaran bekalan elektrik kepada pengguna. Proses lain, penghantaran, agihan, pemulihan dan penyimpanan kuasa elektrik yang menggunakan kaedah penyimpanan berpam adalah kaedah yang paling lazim digunakan dalam industri kuasa elektrik.

Elektrik sering dijana di stesen janakuasa oleh penjana elektromekanikal, dipacu oleh enjin haba yang menggunakan pembakaran kimia atau pembelahan nuklear sebagai bahan api. Walau bagaimanapun, terdapat juga penjanaan oleh tenaga kinetik seperti pengaliran air dan angin. Sumber tenaga lain termasuklah fotovoltaik suria dan kuasa geoterma.

Sumber tenaga elektrik

  • Elektrik statik
  • Aruhan elektromagnet
  • Elektrokimia
  • Kesan fotoelektrik
  • Kesan termoelektrik
  • Kepiezoelektrikan
  • Transformasi nukleus

Rujukan

  1. ^ 'The Institution of Engineering & Technology: Michael Faraday'

Pautan luar

  • Electricity - A Visual Primer
  • Power Technologies Energy Data Book
  • NOW on PBS: Power Struggle
  • This Week in Energy (TWiEpodcast) Diarkibkan 2013-08-12 di Wayback Machine
  • Electricity: From Table-top to Powerplant
  • The Power Sector in Lebanon via Carboun