Paulo Josué

Paulo Josué
Maklumat peribadi
Nama penuh Paulo Josué Stürmer dos Reis[1]
Tarikh lahir (1989-03-13) 13 Mac 1989 (umur 35)
Tempat lahir Rio Grande do Sul, Brazil
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah, Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kuala Lumpur City
Nombor 28
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Juventude 1 (0)
2013 Esportivo 15 (5)
2013–2014 Juventude 6 (1)
2014 Passo Fundo 2 (0)
2014 Marcílio Dias 6 (1)
2015 Lajeadense 13 (1)
2015 Votuporanguense 8 (1)
2015–2016 Lajeadense 1 (0)
2017 Votuporanguense 15 (2)
2017– KL City 125 (45)
Pasukan kebangsaan
2023– Malaysia 15 (5)
Pengalaman
Bola sepak Lelaki
Mewakili  Malaysia
Pestabola Merdeka
Naib-juara 2023
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2024

Paulo Josué Stürmer dos Reis (lahir 13 Mac 1989), lebih dikenali sebagai Paulo Josué, adalah pemain bola sepak Brazil yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Kuala Lumpur City di mana beliau merupakan kapten dalam Liga Super Malaysia.[2] Beliau lahir di Brazil namun beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Kejaya pasukan

Kerjaya di Brazil

Beliau telah bermain dengan enam kelab Brazil yang berbeza sebelum berpindah ke luar negara.

Kuala Lumpur City

2017

Pada 2 Jun 2017, Josué menyertai kelab Liga Premier Malaysia Kuala Lumpur City semasa perpindahan pertengahan musim.

Beliau menjaringkan 6 gol daripada 9 perlawanan liga dan membantu kelab itu memenangi liga serta dinaikkan pangkat ke Liga Super Malaysia.

2018

Josué menjaringkan 7 gol semasa penampilan pertama di Liga Super Malaysia. Sumbangan beliau membantu Kuala Lumpur mengekalkan status pasukan dalam Liga Super.

2019

Pada musim 2019, beliau gagal menghalang kelab daripada tersingkir kerana kelab itu menduduki tangga terakhir.

2020

Bagi musim liga 2020, beliau dilantik sebagai kapten untuk pasukan Kuala Lumpur, yang merupakan pencapaian yang jarang berlaku untuk pemain asing.

2021

Pada tahun 2021, Josué mengetuai pasukan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Dalam perlawanan terakhir menentang Johor Darul Ta'zim, Kuala Lumpur City berjaya menewaskan dan memenangi perlawanan itu 2–0. Paulo menjaringkan gol kedua untuk menuntut piala. Beliau juga menjadi ketua pasukan dalam perlawanan akhir Piala AFC 2022.

Kerjaya antarabangsa

Beraksi di Malaysia selama 7 tahun yang lalu, Josué memperoleh kewarganegaraan Malaysia pada awal 2023, sekali gus membolehkannya didaftarkan sebagai pemain tempatan dan mendapat panggilan ke pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau menerima panggilan kebangsaan pertamanya pada 18 Mac 2023 untuk kem latihan menjelang perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Beliau membuat penampilan pertama untuk Malaysia menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023.

Beliau bermain sebagai pemain ke-9 dalam kesebelasan utama menentang Kepulauan Solomon dalam perlawanan persahabatan dan menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 14 Jun 2023. Beliau sekali lagi diletakkan di kedudukan yang sama menentang Papua New Guinea dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 20 Jun 2023. Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan hatrik antarabangsa pertamanya di mana Malaysia menang dengan menjaring 10–0.

Josué juga mewakili negara pada Piala Asia AFC 2023 yang diadakan di Qatar. Pada 25 Januari 2024, ketika Malaysia tewas 2–3 kepada Korea Selatan, beliau menjaringkan gol kepada Romel Morales yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90+15 masa kecederaan yang menjadikan Malaysia mata pertama mereka dalam kejohanan itu.

Statistik kerjaya

Pasukan

Sehingga 16 Disember 2023
Penampilan dan gol mengikut pasukan, musim dan pertandingan
Pasukan Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Benua[c] Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Kuala Lumpur City 2017 Liga Premier Malaysia 9 6 6 0 15 6
2018 Liga Super Malaysia 21 7 4 2 5 1 30 10
2019 21 2 3 1 5 4 29 7
2020 Liga Premier Malaysia 10 4 0 0 0 0 10 4
2021 Liga Super Malaysia 20 9 0 0 11 1 31 10
2022 20 6 2 1 4 1 7 5 33 13
2023 24 11 3 0 1 0 0 0 28 11
2024–25 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 125 45 12 4 32 7 7 5 176 61
Jumlah kerjaya 125 45 12 4 32 7 7 5 176 61

Antarabangsa

Sehingga 11 Jun 2024
Kemunculan dan gol mengikut pasukan dan tahun
Pasukan Tahun Kemunculan Gol
Malaysia 2023 8 4
2024 7 1
Jumlah 15 5
No Tarikh Tempat Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 14 Jun 2023 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia  Kepulauan Solomon 1–1 4–1 Persahabatan
2 20 Jun 2023  Papua New Guinea 2–0 10–0
3 6–0
4 7–0
9 Januari 2024 Stadium Besar Hamad, Doha, Qatar  Syria 2–2 2–2 Persahabatan1
5 11 Jun 2024 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia  Taipei Cina 2–1 3–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026

1 Bukan Perlawanan antarabangsa FIFA.

Anugerah

Kuala Lumpur City

Individu

Rujukan

  1. ^ "Paulo Josué Stürmer dos Reis". Sports21. Dicapai pada 8 Disember 2017.
  2. ^ "Josue mahu tebus silap". New Straits Times Press. 6 Februari 2018.

Pautan luar

  • Biodata Paulo Josué di Soccerway
  • l
  • b
  • s
Skuad MalaysiaPiala Asia AFC 2023
Malaysia