Nizar Rayan

Nizar Rayan
نزار ريان
Kelahiran
Nizar Abdul Kader Mohammed Rayyan Al-Asqalani

(1959-03-06)6 Mac 1959
Genting Gaza, Palestin
Meninggal dunia1 Januari 2009(2009-01-01) (umur 49)
Jabalia, Genting Gaza
Sebab kematianSerangan udara Israel
WarganegaraPalestin
PendidikanUniversiti Islam Gaza
OrganisasiBriged Izzuddin Al-Qassam
Parti politik Hamas

Profesor Dr Nizar Abdul Kader Mohammed Rayyan Al-Asqalani (Arab: نزار عبد القادر محمد ريان العسقلانيcode: ar is deprecated ; 6 Mac 1959 - 1 Januari 2009) ialah seorang ahli akademik, ilmuwan dan ahli politik Palestin. Beliau ialah profesor syariah Islam di Universiti Islam Gaza.[1]

Latar belakang

Nizar dilahirkan pada 6 Mac 1959 di kem pelarian Jabalia, Genting Gaza. Keluarganya berasal dari perkampungan Al-Na'lawani (kini Ni'ilya), utara Gaza dan perkampungan Al-Majdal yang terletak di Asqalan.

Beliau menuntut ilmu di beberapa negara seperti Arab Saudi, Jordan dan Sudan. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Usuluddin dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud di Riyadh pada 1982. Kemudian beliau memperoleh ijazah sarjana dari Fakulti Syariah di Universiti Jordan di Amman pada 1990. Di peringkat seterusnya, beliau memperoleh ijazah kedoktoran Ph.D Pengajian Islam (Hadis) dari Universiti Al-Quran Al-Karim dan Ilmu-ilmu Islam di Omdurman pada 1994.[2]

Sebaik pulang ke Gaza, beliau berkhidmat sebagai penceramah di beberapa buah masjid dan menjadi profesor syariah di Universiti Islam Gaza.

Beliau mempunyai empat orang isteri, iaitu Hayam Timraz, Nawal Kahlout, Eyman Kassab dan Sherin Udwan.

Pendekatan

Nizar secara prinsip asasnya menentang negara Israel. Beliau pernah ditahan beberapa kali oleh pemerintah Israel dan pihak berkuasa Palestin

Nizar ialah salah seorang pemimpin Hamas yang mengasaskan sebuah parti Islam bernama Parti Pembebasan Kebangsaan (Arab: حزب الخلاص الوطنيcode: ar is deprecated ) apabila Pihak Berkuasa Palestin dibentuk pada 1994. Beliau turut terlibat dalam rundingan Hamas dengan kumpulan-kumpulan Palestin dan menjadi pemimpin politik utama gerakan tersebut.

Kematian

Nizar, empat orang isteri dan 10 daripada 12 orang anaknya terbunuh dalam sebuah serangan Israel ke atas kediamannya pada 1 Januari 2009.[3] Satu-satunya anak beliau yang terselamat ialah anak perempuan bernama Walaa.

Rujukan

  1. ^ "Nizar Rayyan - Who is Nizar Rayyan?". www.webgaza.net. Dicapai pada 2023-11-04.
  2. ^ bilal (2009-01-01). "الشهيد نزار ريان.. عالم الحديث المقاتل!". المجد الأمني (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2023-11-04.
  3. ^ "Israeli strike kills senior Hamas leader". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2009-01-01. Dicapai pada 2023-11-04.
  • l
  • b
  • s
Bendera Pahang Gerakan Perjuangan Islam (Hamas)
Sayap politik
  • Biro Politik Hamas
  • Pentadbiran Genting Gaza
  • Jawatankuasa Pentadbiran Gaza
Pilihan raya
Kabinet
Tokoh
Ketua di Genting Gaza
Menteri Kabinet Palestin
2006–2007
2007
Menteri di Gaza
2007–2012
2012–2014
Ketua Pentadbiran Gaza
  • Abdul Salam Seyam (2017)
  • Mohammed Awad (2019–2021)
  • Issam al-Daalis (2021–kini)
Sayap ketenteraan
Tokoh
Peristiwa
terkenal
Media
Lain-lain
Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Israel
  • Amerika Syarikat