NHI NH90

NH90
Helikopter NH90 dari Tentera Darat Jerman
Peranan Helikopter pengangkut/utiliti sederhana
Pengeluar NHIndustries
Penerbangan sulung 18 Disember 1995
Status Dalam penghantaran
Pengguna utama Bundeswehr
Angkatan Tentera Itali
Tentera Laut Perancis
Pasukan Pertahanan Australia
Kos seunit €16 juta

NHI NH90 merupakan sebuah helikopter tentera pelbagai peranan, bersaiz sederhana, enjin berkembar dan berteknologi fly-by-wire yang dikeluarkan oleh NHIndustries. Helikopter NH90 boleh diterbangkan oleh hanya seorang juruterbang dan direka untuk beroperasi dalam semua keadaan cuaca, pada waktu siang dan malam. Ia telah dipesan oleh beberapa negara dan mula memasuki perkhidmatan sejak 2007.

Rekabentuk dan pembangunan

Pada 1 September 1992, NH Industries telah menandatangani kontrak reka-dan-bangun NH90 dengan NAHEMA (Agensi Pengurusan Helikopter NATO). Agensi ini mewakili empat buah negara yang meyertainya iaitu: Perancis, Jerman, Itali, dan Belanda. Portugal kemudian menyertai agensi ini pada 21 Jun 2001. Kerja-kerja rekabentuk bermula pada 1993, dengan prototaip pertama, PT1 telah melakukan penerbangan sulung pada 18 Disember 1995. Prototaip kedua, PT2 pula membuat penerbangan sulung pada 19 Mac 1997 manakala prototaip ketiga, PT3 pula pada 27 November 1998.

Helikopter NH90 telah dibangunkan dalam dua versi utama: pertamanya sebagai Helikopter Pengangkut Taktikal (HPT) dan kedua sebagai Helikopter Frigat NATO (HFN). Bagaimanapun, kebanyakan negara-negara pelanggan telah meminta penyelesaian khas untuk helikopter NH90 mereka. Program ini mengalami beberapa masalah teknikal dan dana pada awal 1990-an, tetapi pesanan yang besar sebanyak 298 buah helikopter telah dilancarkan pada 30 Jun 2000 oleh negara-negara rakan kongsi. Ia kemudian diikuti oleh pesanan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Australia.

Pada awalnya, NH90 akan dikeluarkan di tiga buah kilang pemasangan; Cascina Costa di Itali untuk AgustaWestland, Marignane di Perancis dan Donauwörth di Jerman untuk Eurocopter. Bagaimanapun, kontrak Finland dan Australia telah menggariskan pengeluaran dilakukan dalam negara (iaitu firma Patria di Finland dan Brisbane di Australia).

Spesifikasi

Ciri umum

  • Anak kapal: 2 juruterbang
  • Kapasiti: 20 anggota atau 12 pengusung
  • Panjang: 16.13 m (52 kaki 11 in)
  • Diameter rotor: 16.30 m (53 kaki 5¾ in)
  • Tinggi: 5.23 m (17 kaki 2 in)
  • Berat kosong: 5,400 kg (11,900 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 10,600 kg (23,370 lb)
  • Loji kuasa: 2× Rolls-Royce Turbomeca RTM322-01/9 turboshaft, 1,662 kW (2,230 shp) setiap satu, atau:
  • Loji kuasa:General Electric T700-T6E turboshafts, 1,577 kW (2,115 shp) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 300 km/j (162 knot, 186 bsj)
  • Jarak: 800 km, 497 batu (TTH); 1,000 km, 621 batu (NFH) ()
  • Lelangit khidmat 2,960 m (9,711 kaki)
  • Kadar kenaikan: 480 m/min (1,574 kaki/m)

Persenjataan

Peluru berpandu anti kapal selam dan/atau peluru berpandu udara ke permukaan (versi NFH)

Lihat juga

  • Perolehan pertahanan Eropah

Pesawat setanding

Rujukan

Pautan luar

  • NH Industries Official Website
  • NH90.net Non-official Website Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
  • NH90 Leonardo-Finmeccanica Website
  • l
  • b
  • s
Helikopter Awam

BK 117 · EC 120 Colibri · EC 130 · EC 135 · EC 145 · EC 155 · EC175 · EC 225 · AS 332 Super Puma · AS 350 Ecureuil/AStar · AS 355 Ecureuil 2/TwinStar · SA 365/AS 365 Dauphin

Helikopter Tentera

AS 532 Cougar · AS 550/AS 555 Fennec · AS 565 Panther · EC 635 · EC 665 Tiger · EC 725 Cougar · NH90 · UH-72 Lakota

  • l
  • b
  • s
Senarai berkaitan dengan penerbangan
Umum
Garis masa penerbangan · Pesawat (pengeluar) · Enjin pesawat (pengeluar) · Lapangan terbang · Syarikat penerbangan
Ketenteraan
Kemalangan/Kejadian
Umum · Tentera · Komersil (syarikat penerbangan) · Kematian
Rekod
Kelajuan udara · Jarak · Ketinggian · Ujian ketahanan · Pesawat paling banyak dikeluarkan
Istilah-istilah penerbangan