Masakan Barat Laut Pasifik

Salmon Pasifik salai.

Masakan Barat Laut Pasifik ialah masakan Amerika Utara di:

  • Negeri Oregon, Washington dan Alaska di Amerika Syarikat; dan
  • Wilayah British Columbia, dan Yukon selatan di Kanada.

Masakan ini membayangkan komposisi etnik kawasan tersebut, dengan pengaruh yang ketara daripada tradisi Asia dan tradisi Orang Asli Amerika.[1] Pike Place Market di Seattle dianggap sebagai "pusat" untuk gaya masakan ini, walaupun Portland dan Vancouver juga merupakan bandar raya yang terpengaruh.

Bahan makanan yang umum dalam masakan Barat Laut Pasifik termasuk:

  • Salmon;
  • Kerang-kerangan dan makanan laut yang lain;
  • Binatang liar seperti moose, elk, dan karibu;
  • Cendawan, beri, dan buah-buahan kecil;
  • Kentang dan tumbuhan liar seperti pucuk paku atau juga pushki yang muda.

Menyalai ikan atau menggril makanan laut pada papan sedar merupakan teknik yang sering digunakan untuk masakan ini.[2]

Terdapat penekanan yang umum untuk menggunakan bahan-bahan makanan yang segar yang disediakan secara sederhana,[3] tetapi berbanding dengan gaya makanan yang lain, terdapat berbagai-bagai resipi untuk setiap hidangan masakan Barat Laut Pasifik, dengan tiada satu yang dianggap lebih baik daripada yang lain. Ini menyebabkan sesetengah penulis makanan menyoal adakah masakan Barat Laut Pasifik benar-benar merupakan satu "masakan" daripada segi tradisional istilah itu.[4]

Pautan luar

  • Celebrating Food and Wine in the Northwest NPR's Weekend Edition Sunday 1-13-2008 (mp3 audio)

Rujukan

  1. ^ A taste of Seattle: A Pacific Northwest culinary pilgrimage Janis Cooke Newman, San Francisco Chronicle, 10-21-01
  2. ^ Can you package the Pacific Northwest in a Big Apple restaurant? Caryn Brooks, Associated Press, USA Today, 9-18-07
  3. ^ Exporting nirvana: Northwest's cuisine migrates across the U.S. Bret Thorn, Nation's Restaurant News, 5-15-2000
  4. ^ Authors Disdain Northwest Cuisine Notion as Mere Hype Jamie Neely, Spokane Chronicle, 11-18-1988


  • l
  • b
  • s
Sejarah
Masakan Tiga Belas Tanah Jajahan
Kawasan

California · Hawaii · Kentucky · Barat Tengah · Chicago · Timur Barat · New England · Bandaraya New York · Omaha · Barat Laut Pasifik · Orang Belanda Pennsylvania · Philadelphia · Puerto Rico · Selatan · Cajun · Kreol · Negeri Pamah · Tex-Mex · Floribbean · Barat Daya

Etnik seluruh negara

Cina Amerika · Makanan Soul · Orang Asli Amerika · Itali Amerika

Topik lain

Barbeku · Makanan Krismas · Makanan segera · Amerika Baharu

  • l
  • b
  • s
  Canadian cuisine (mengikut provinsi dan wilayah)
British Columbia · Alberta · Saskatchewan · Manitoba · Ontario · Quebec · New Brunswick · Nova Scotia · Pulau Prince Edward Island · Newfoundland dan Labrador · Yukon · Wilayah Barat Laut · Nunavut