Kementerian Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Reich

Kementerian Sains, Pendidikan dan Kebudayaan Reich (Jerman: Reichsministerium für Wissenschaft, Erziehung und Volksbildungcode: de is deprecated , juga secara tidak rasmi sebagai "Kementerian Pelajaran Reich" (Jerman: Reichserziehungsministeriumcode: de is deprecated ), atau "REM") wujud dari tahun 1934 sehingga 1945 dibawah kepimpinan Bernhard Rust dan bertanggungjawab bagi menyatukan sistem pendidikan Jerman Nazi dan menyelaraskannya dengan matlamat kepimpinan Nazi.

Latar belakang

REM adalah pengganti kepada bekas Preußisches Ministerium für Wissenschaft, Kunst und Volksbildung (Kementerian Sains, Seni dan Kebudayaan Prusia), mewujudkan buat pertama kalinya di Jerman sebuah institusi berpusat dan tersusun dalam mengawal sektor pendidikan Reich. Pada tahun 1934, REM mengambil alih pengawasan kolej-kolej dan universiti-universiti di Jerman dari Reichsinnenministerium (Kementerian Dalam Negeri Reich), serta institusi penyelidikan seperti Physikalisch-Technische Reichsanstalt (singkatan PTR; terjemahan: Institut Fizikal dan Teknikal Reich.); hari ini, PTR dikenali sebagai Physikalisch-Technische Bundesanstalt.[1]

Para pentadbir

Dari 1 Jun 1934, Menteri REM adalah Bernhard Rust, yang juga mengambil alih pada tarikh ini pentadbiran bahagian kebudayaan RIM.[1]

Ketua-ketua REM Amt für Wissenschaft (Pejabat Sains):[1]

  • 1934-1937 – Theodor Vahlen
  • 1937-1939 – Otto Wacker
  • Dari Mei 1939 – Rudolf Mentzel

Bibliografi

  • Hentschel, Klaus, editor and Ann M. Hentschel, editorial assistant and Translator Physics and National Socialism: An Anthology of Primary Sources (Birkhäuser, 1996)

Nota

  1. ^ a b c Hentschel, 1996, Appendix B
  • l
  • b
  • s
Ahli-Ahli Kabinet Hitler
  • Hitler's Personal Standard Adolf Hitler (Canselor / Führer)
  • Hermann Goering (Yang di-Pertua Reichstag)
  • Ernst Röhm (Ketua Turus-SA)
  • Heinrich Himmler (Reichsführer-SS)
  • Rudolf Hess (Timbalan Führer)1
  • Franz von Papen (Naib Canselor)
Pemangku jawatan ditunjuk dalam huruf condong
Menteri Luar Negeri
Menteri Dalam Negeri
Menteri Kewangan
Menteri Kehakiman
Menteri Pertahanan
Menteri Ekonomi
Menteri Makanan dan Pertanian
Menteri Buruh
Menteri Pos
Menteri Pengangkutan
Menteri Penerbangan
Menteri Penerangan Awam dan Propaganda
Menteri Sains dan Pendidikan
Menteri Hal Ehwal Gereja
Menteri Persenjataan dan Amunisi
Menteri Wilayah Taklukan Timur
Menteri Negara bagi Bohemia dan Moravia
Menteri tanpa Portfolio
1 Sehingga Mei 1941.