Gitar tujuh tali

Gitar elektrik tujuh tali jenis Ibanez RG7321BK.

Gitar tujuh tali ialah sejenis gitar yang mempunyai tujuh tali berbanding gitar biasa yang mempunyai enam tali. Sesetengah gitar tujuh tali dikhususkan kepada kebudayaan sesetengah kaum tertentu seperti gitar Rusia dan gitar Brazil. Penalaan piawaian bagi gitar tujuh tali ialah BEADGbe.

Gitar elektrik tujuh tali digunakan dalam sesetengah gaya muzik, namun gaya-gaya yang paling popular adalah metal (terutamanya nu metal). Artis rock/metal seperti Born of Osiris, Chelsea Grin, Fear Factory, Steve Vai, Scribe, Dream Theater, Trivium, Eccentric Pendulum, Undying Inc, Korn, Deftones, Suicide Silence, Behemoth, Periphery, Nevermore, TesseracT, Textures, Mucc, Revocation, Rivers Of Nihil dan Obscura kesemuanya telah bereksperimentasi dengan gitar tujuh tali selama ini dalam beberapa album. Artis jazz seperti George Van Eps, Bucky Pizzarelli, Howard Alden, Ron Eschete, Chance Russell, dan Lenny Breau juga menggunakan gitar 7 tali.

Tali ketujuh ditambah bagi memanjangkan banjaran bass gitar 6 tali moden yang terhad. Tali ini lazimnya ditambah melalui dua cara berbeza. Cara pertama dan paling lazim ialah dengan melebarkan bahagian leher gitar. Cara kedua pula ialah membiarkan lebar leher tali kekal sama tetapi jarak antara tali dipendekkan.

Sejarah

Semasa zaman Renaissance, gitar-gitar dibina dengan hanya mempunyai empat tali, kesemuanya ditala pada pic yang sama. Semasa zaman baroque pula ia mula mempunyai lima tali serta menggunakan pelbagai variasi talaan. Semasa abad kelapan belas, gitar enam tali menjadi lazim dan penggunaan gitar enam tali sudah moden menjadi amalan piawai sejak 1800. Kesemua pembangunan ini menggambarkan keinginan pemain gitar untuk memanjangkan banjaran peralatan mereka. Gitar tujuh tali lahir daripada keinginan tersebut dan sudah pun digunakan selama lebih 150 tahun.

Pengguna terkenal

  • Matthew Bellamy
  • Heri Joensen
  • Terji Skibenæs
  • Kaoru (musician)
  • Chris Broderick
  • Unearth
  • Dino Cazares
  • Corey Beaulieu
  • Dino 7 Cordas
  • Jeff Loomis
  • Davide Tiso
  • John Petrucci
  • Brad Delson
  • Chris Storey
  • Steve Vai
  • Devin Townsend
  • Marc Rizzo
  • Mårten Hagström (kini lebih banyak menggunakan gitar 8 tali)
  • George Van Eps
  • Howard Alden
  • Buddy Jones
  • Alan Aldo
  • Stephen Carpenter (Menggunakan gitar 8 tali untuk merakam album Diamond Eyes)
  • Juan Hernandez
  • Ben Daniel
  • Trey Azagthoth
  • Crossfade (Vokalis/gitaris Ed Sloan menggunakan gitar 7 tali secara eksklusif walaupun gitaris Les Hall menggunakan gitar 6 tali dengan talaan jatuhan D)
  • Fredrik Thordendal (kini lebih banyak menggunakan gitar 8 tali)
  • Christian Olde Wolbers
  • Brian Welch (kini menggunakan gitar bariton 6 tali)
  • Steve Dooremalen
  • James Shaffer
  • Matt Heafy
  • Tosin Abasi (kini menggunakan gitar 8 tali)
  • Noel Mendez
  • Nickelback (dalam album Burn It to the Ground)
  • Nigel Gavin
  • Miya (Mucc)
  • Dale Gilburt
  • Rusty Cooley
  • JB Brubaker ( August Burns Red )
  • Wayde Cooper
  • Jean-Robert Royer
  • Nick Woodward
  • Raphael Rabello
  • Zachary Costilla
  • Nergal
  • Seth
  • Dave Felton
  • Wes Borland (kini bertukar kepada penggunaan gitar 6 tali secara eksklusif)
  • Reece Fullwood
  • Jani Liimatainen
  • Elias Viljanen
  • Misha Mansoor
  • Angelus Valentine
  • Aaron Bagby
  • Alex Gregory
  • Jesse Ketive

Lihat juga