Gempa bumi Jawa 2007

Gempa bumi pada kadar 7.5 skala Richter berlaku pada 1.04 pagi waktu Malaysia di barat laut Indramayu, utara pulau Jawa, kira-kira 110 km di timur Jakarta, Indonesia. Gempa bumi ini terjadi pada 9 Ogos 2007.

Gempa bumi ini terjadi di bawah lapisan bawah Laut Jawa, pada kedalaman 286 km telah dikesan oleh Pusat Kajian Geoglogi Amerika Syarikat (USGS).

Stesen televisyen Indonesia melaporkan gegaran gempa bumi itu terasa di daerah Indramayu, Cerebon, Tasikmalaya, Bandung, Padang di Sumatera Barat, Pulau Bali dan selatan Semenanjung Malaysia.

Don Blakeman, pakar geofizik di Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi itu setakat ini tidak menyebabkan tsunami kerana titik gegaran berlaku jauh di bawah lapisan bumi.

Sejarah gempa bumi

  • Pada 17 Julai 2007 gempa bumi sekuat 6.7 skala Richter di bandar Kashiwazaki, Jepun. Terjadi kebakaran kecil dan kebocoran pada 100 tong sisa bahan nuklear di Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa.
  • Pada 26 Julai 2007, gempa bumi sekuat 6.7 skala richter melanda luar pantai Maluku, Indonesia pada kedalaman 33 km di bawah lapisan laut.
  • Pada 26 Disember 2004, gempa bumi pada kedalaman 30 km di utara Aceh menyebabkan tsunami paling dahsyat kerana mengorbankan 131,000 orang.