Flat 3A

Flat 3A
PengarahAzhari Zain
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
  • Intan Ladyana
  • Ery Zukhairi
  • Shasha
  • Adey Shafrien
  • Zaidi Omar
SinematografiMohd Shaufe
Disunting olehBrian Ng (Kang)
Syarikat
penerbitan
Metrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 14 Julai 2011 (2011-07-14)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.82 juta [1]
Pecah panggungRM 1.44 juta

Flat 3A merupakan sebuah filem seram Malaysia 2011. Filem arahan Azhari Zain ini menampilkan Intan Ladyana, Ery Zukhairi, Shasha, Adey Shafrien dan Zaidi Omar sebagai pelakon utama filem ini.

Plot

Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan diberikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali diganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya, namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah diganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Tergamam Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu seiras Fatin. Apa kaitan antara Fiqah dan Fatin? Dapatkah Wahyu menghurai misteri disebalik kehilangan anak saudaranya itu? Dapatkah Wahyu berhadapan dengan ilmu Kang Suman?

Pelakon

  • Intan Ladyana sebagai Fiqah
  • Ery Zukhairi sebagai Wahyu
  • Shahsa sebagai Ratna
  • Adey Shafrien sebagai Anas
  • Zaidi Omar sebagai Kang Suman
  • Adik Syefinaz sebagai Fatin
  • Khaty Azian sebagai Ibu Fatin

Lihat juga

  • Filem Malaysia tahun 2011

Rujukan

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.

Pautan luar

  • Flat 3A di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)