Emeritus

Emeritus (Jawi: ايميريتوسcode: ms is deprecated ) ialah gelaran untuk seorang profesor, biskop atau lain-lain profesional yang sudah bersara. Emerita (Jawi: ايميريتاcode: ms is deprecated ) pula digunakan untuk wanita tetapi kini sudah kurang digunakan. Istilah ini digunakan apabila seorang yang penting di dalam profesionnya, seperti ketua sesebuah fakulti, tetapi sudah bersara untuk membolehkan mereka terus menggunakan gelaran tersebut sampai bila-bila. Ini amat berguna untuk mengekalkan tauliah seseorang itu dalam memberi komen, ceramah, syarahan, kuliah atau menulis subjek-subjek berkenaan dengan profesion mereka walaupun sudah bersara.

Perkataan ini kebiasaannya digunakan sebagai gelaran selepas bersara tetapi sekali-sekala diberikan sebelum individu tersebut bersara. Gelaran "emeritus" diletakkan sebelum nama penerimanya.

Etimologi

Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin emeritus 'selesai berkhidmat' dan wujud sejak awal abad ke-18, dengan maksud "telah selesai berkhidmat, telah cukup berkhidmat'.[1] Ia merupakan partisipel lampau bagi emerere, dan merupakan gabungan imbuhan Latin e- 'keluar' (varian untuk ex-) dan merere 'berkhidmat, menyara'.

Rujukan

  1. ^ "emeritus | Etymology of emeritus by etymonline". www.etymonline.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-22.

Bacaan lanjut

  • Emeritus, New Oxford American Dictionary (2nd edition), 2005.
  • Emeritus, Merriam-Webster Dictionary (Online), 2006.