Darjah Michael the Brave

Darjah Michael the Brave Kelas 2

Darjah Michael Yang Berani (Bahasa Romania: Ordinul Mihai Viteazul atau Order of Michael the Brave) ialah pingat kebesaran tertinggi tentera Romania, dizahirkan oleh Raja Ferdinand I semasa peringkat awal kempen ketenteraan Romania dalam Perang Dunia I dan sekali lagi dikurniakan pada Perang Dunia II. Darjah tersebut, boleh dianugerah secara individu atau secara berkumpulan, telah dinamakan sempena Michael the Brave (Mihai Viteazul), iaitu seorang Putera Wallachia, Transylvania dan Moldavia yang hidup pada penghujung abad ke-16.

Data

Kelayakan: Hanya dikurniakan kepada para pegawai yang telah menunjukkan khidmat bakti yang luar biasa. Ia adalah darjah kepahlawanan tertinggi tentera.
Kelas: 3, 2 dan 1
Tarikh dizahirkan: 26 September 1916
Jumlah dikurniakan: 2184
Semasa PDI:
Kelas 1: 16
Kelas 2: 12
Kelas 3: 336 (43 dikurniakan pada unit-unit tentera)
Semasa PDII:
Kelas 1: 15
Kelas 2: 76 (13 dikurniakan pada unit-unit tentera)
Kelas 3: 1628 (118 dikurniakan pada unit-unit tentera)

Penerima

  • Ion Antonescu
  • Josip Broz Tito
  • Vasile Atanasiu
  • Alexandru Averescu
  • Radu Bâldescu
  • Nicolae Dabija
  • Corneliu Dragalina
  • Grigore Gafencu
  • Eremia Grigorescu
  • Michael I of Romania (selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera Romania pada tahun 1941)
  • John J. Pershing
  • Radu Korne
  • Mihail Lascăr
  • Leonard Mociulschi
  • Ioan Palaghiţă
  • Constantin Prezan
  • Corneliu Teodorini
  • Constantin Mihalcea
  • Gheorghe Bâgulescu

Semasa Perang Dunia II, pada masa Romania bersekutu dengan Jerman, darjah tersebut telah dikurniakan kepada beberapa orang pegawai kanan angkatan tentera Kuasa Paksi:

Lihat juga