Biskut nasib

Biskut keberuntungan
Biskut keberuntungan yang terbuka
Biskut keberuntungan yang masih panas dilipat dengan sisipan sepotong kertas keberuntungan.

Biskut nasib adalah sebuah biskut yang nipis dan renyah, yang berisi sepotong kertas dengan kata-kata yang berisi petuah atau ramalan. Pesan di dalamnya dapat pula berisi serangkaian angka keberuntungan (sebahagian orang menggunakannya sebagai nombor loteri) dan sebuah ungkapan bahasa Mandarin dengan terjemahannya. Meskipun biasanya disebut sebagai biskut nasib Cina, biskut ini sesungguhnya diciptakan pertama kali di California, Amerika Syarikat, dan bukan di China.

Asal-usul

Dua bandaraya, San Francisco dan Los Angeles, sama-sama mengaku sebagai tempat pertama kalinya biskut keberuntungan ini diciptakan. Makoto Hagiwara dari Japanese Tea Garden di Golden Gate Park di San Francisco disebut sebagai orang pertama yang menciptakan biskut ini pada 1909,[1] sementara David Jung, pendiri Hong Kong Noodle Company di Los Angeles, disebut sebagai penciptanya pada 1918.[2]

Pengadilan Tinjauan Sejarah San Francisco mengeluarkan keputusan pada 1983 yang membela San Francisco. Meskipun dipimpin oleh seorang hakim Persekutu, pengadilan ini sendiri telah dibantah kurang serius dan bias terhadap San Francisco. Kerana itu, kesimpulannya dianggap bukan merupakan kata terakhir untuk masalah ini.[2]

Etimologi

Biskut jenis ini pada awamnya dipanggil dalam istilah Bahasa Melayu biskut nasib, yanag mana asalnya dari Bahasa Inggeris "fortune cookies." Isitilah ini juga digunakan oleh Orang Cina Amerika, sedangkan tiada istilah rasmi Bahasa Cina untuk biskut ini.

Menang dari Biskut keberuntungan

Penarikan loteri Powerball AS pada 30 Mac 2005 menghasilkan 110 pemenang kedua yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Semuanya memilih lima nombor tanpa nombor powerball dengan tepat. Jumlah hadiah keseluruhannya $19.4 juta, suatu jumlah yang tidak terduga. 89 tiket menang $100,000, tetapi 21 tiket lainnya menang $500,000 kerana adanya pilihan penggandaan dalam Power Play.

Para pegawai Powerball mulanya menduga ada kecurangan, namun ternyata semua pemenang menggunakan nombor yang didapat dari biskut nasib yang dibuat oleh Wonton Food Inc., sebuah kilang biskut keberuntungan di Long Island City, Queens, New York. Rupanya kombinasi nombor yang dicetak dalam biskut keberuntungan itu digunakan kembali dalam ribuan biskut setiap harinya. Kelima nombor yang menang itu adalah 22, 28, 32, 33, dan 39. Nombor keenam dalam biskut itu, 40, tidak sesuai dengan nombor powerball, 42.

Biskut keberuntungan dalam budaya masyhur

Asal usul biskut nasib yang bukan dari Cina ini digambarkan dengan penuh jenaka dalam novel Amy Tan, The Joy Luck Club. Di situ dilukiskan sepasang perempuan pendatang Cina mendapatkan pekerjaan di sebuah kilang biskut keberuntungan di Amerika. Mereka merasa geli kerana konsep yang asing dari biskut keberuntungan itu. Namun setelah beberapa kali usaha yang lucu dalam menerjemahkan kata-kata dalam biskut itu dalam bahasa Cina, mereka berkesimpulan bahawa biskut itu tidak mengandung kata-kata bijaksana, melainkan "petunjuk yang buruk."


Meskipun banyak orang tidak menanggapi serius pesan dalam biskut keberuntungan itu, banyak juga yang menganggapnya sebagai bahagian adri permainan bahawa seluruh biskut itu harus dimakan agar ramalannya menjadi kenyataan.[3] Ada lagi yang percaya untuk tidak memakan biskut itu bila kata-katanya tidak menguntungkan, atau bahwa seluruh kue itu harus dimakan sebelum kata-katanya dibaca.


Rujukan

  • (Inggeris) Martin, James (2004), "Fortune Cookies: A San Francisco Invention", About.com [link accessed Ogos 11, 2004].
  • (Inggeris) Brunner, Borgna (2005), "The History of the Fortune Cookie", Infoplease [link accessed Mei 10, 2005].
  • (Inggeris) Parvin, Ellie (1995), "Fortune cookie US invention", Golden Gater [link accessed Mei 24, 2006].

Catatan

  1. ^ (Martin 2004).
  2. ^ a b (Brunner 2005).
  3. ^ (Parvin 1995).

Pautan luar

  • Fortune Cookies - Sejarah biskut keberuntungan
  • Golden Gate Fortune Cookie Factory - Kilang biskut keberuntungan di Pekan Cina San Francisco
  • Random Fortune Cookies - Tulisan acak dari lebih 150,000 biskut keberuntungan
  • WeirdFortuneCookies.com - Kumpulan hal-hal aneh tentang kue keberuntungan
  • Who Needs Giacomo? Bet on the Fortune Cookie oleh Jennifer 8. Lee
  • Cookie Master - Rencana terinci tentang pekerjaan penulis biskut keberuntungan
  • 10969 fortune cookies - Daftar panjang tentang biskut keberuntungan
  • Panduan Yahoo! berisi bisnes biskut keberuntungan yang biasa dan luar biasa
  • The secret history of fortune cookies, jrn.columbia.edu
  • Sejarah biskut keberuntungan, factmonster.com