Beaufort

Beaufort
بعوفورت
Bandar
Transkripsi lain
 • Jawiبعوفورت
Bandar Beaufort
Bandar Beaufort
Mohor rasmi Beaufort بعوفورت
Mohor
Etimologi: Diambil daripada Gabenor bernama Leicester P. Beaufort
Cogan kata: Berkhidmat Untuk Masyarakat
Lokasi daerah dan bandar Beaufort
Lokasi daerah dan bandar Beaufort
Beaufort is located in Bumi
Beaufort
Beaufort (Bumi)
Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E / 5.333; 115.750Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E / 5.333; 115.750
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
Ditubuhkan1898
DaerahBeaufort
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Beaufort
 • Pegawai DaerahMohd Shaid Hj. Othman
 • Pegawai Eksekutif Majlis DaerahMohd Fawzi Bin Abdul Kadir
 • MPYang Berhormat Datuk Siti Aminah Aching (BN-UMNO) (Beaufort)
Keluasan
 • Jumlah1,735 km2 (670 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah12,742
Zon waktuMST
Kod kawasan087
Tamu MingguanJumaat dan Sabtu
Nombor platSB
Laman sesawangmdbft.sabah.gov.my/ ww2.sabah.gov.my/pd.bft/

Beaufort adalah merupakan salah sebuah bandar di daerah Beaufort, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Penduduknya dianggarkan sekitar 12,742 pada 2010. Di pekan ini terdapat rumah kedai yang telah dibina sejak zaman British lagi. Pada asalnya pekan dan daerah ini ditubuhkan bagi membantu meningkatkan ekonomi pendalaman Borneo Utara. Pada awalnya aktiviti ekonomi daerah ini berdasarkan getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan salah satu tapak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia di Sabah.

Etimologi

Asal-usul nama Beaufort

Asal-usul nama Beaufort dihasilkan sempena memperingati seorang gabenor bernama Leicester P. Beaufort yang pernah mentadbir negeri Sabah pada tahun 1896 sehingga 1900. Sebelum ini, pekan ini dinamakan Padas bersempena dengan nama sungai Padas yang mengalir di Daerah ini.

Sejarah

Pada mulanya, Tapak Pekan Beaufort telah dipilih oleh Encik William Clake Cowie yang merupakan seorang Pegawai Syarikat Borneo Utara British yang juga merupakan pengarah Urusan Syarikat itu pada Januari 1898. Tapak yang sebenarnya tidak didiami ini telah dibuka untuk mendirikan sebuah perhentian keretapi berdekatan dengan Teluk Brunei. Pekan Beaufort telah berkembang sebelah menyebelah sungai padas. Oleh sebab itu, ia terbahagi kepada dua bahagian masing-masing mempunyai stesen keretapi, rumah-rumah kediaman pegawai kerajaan dan bangunan-bangunan kedai. Bahagian Barat Beaufort menguruskan stesen keretapi yang menuju ke Bukau dan Weston, manakala bahagian timur pula menghubungkan Kota Kinabalu dan Tenom.

Beaufort juga dijadikan pusat pentadbiran Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Seorang Pegawai Daerah telah ditugaskan untuk mengurus pentadbiran Beaufort dan kawasan-kawasan yang berhampiran termasuk Kuala Penyu, Membakut, menumbok dan Klias.

Kegiatan pertanian merupakan aktiviti utama penduduk Beaufort. Penanaman sagu telah giat diusahakan oleh penduduk tempatan dan juga pengusaha Eropah. Namun pada awal abad ke 20, penanaman sagu telah diketepikan oleh ladang-ladang sagu seperti ladang Woodford dengan menumpukan perhatian terhadap penanaman getah yang pada masa itu mendatangkan pendapatan yang amat lumayan kepada pengusahanya. Kemajuan dalam industri getah pada masa itu telah menyumbang kepada perkembangan bandar Beaufort sehingga dikenali sebagai “Bandar Getah”. Ini kerana kebanyakkan ladang-ladang getah telah dibuka dan stesen keretapi pula sibuk menguruskan bahan-bahan berkaitan dengan industri getah.

Pada masa lalu, penduduk Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan perhubungan, satu satunya sungai yang terpenting pada waktu itu ialah sungai Padas dan Sungai Klias. Segala hasil pengeluaran penduduk diangkut menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Keistimewaan pada sungai tersebut ialah boleh menghubungkan beberapa buah daerah. Sungai Padas contohnya menghubungkan Daerah Tenom, Sipitang, dan Weston, sementara Sungai Klias Menghubungkan Menumbok. Ini memudahkan penduduk pada masa itu membawa hasil pengeluaran barangan ke daerah-daerah tersebut. Selain itu, pembinaan landasan keretapi pada tahun 1900 oleh Chartered Company, Beaufort ke Jesselton (Kota Kinabalu), beaufort ke Tenom dan Weston ke Beaufort juga telah memudahkan perhubungan pada masa itu. Landasan Keretapi Weston ke Beaufort telah ditamatkan pada tahun 1963 apabila permulaan pembinaan jalan raya dari beaufort ke weston dan ke sipitang telah siap.

Semasa meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 banyak infrastruktur landasan telah rosak. Akibatnya landasan antara Tenom ke Melalap telah ditutup dan seterusnya dari Beaufort ke Bukau setelah pelabuhan Kota Kinabalu menjadi pelabuhan utama British North Borneo Chartered Company.

Landasan keretapi pertama dibina dari Bukau Ke Weston sepanjang 37 km dan dari Beaufort ke Melalap sepanjang 65 Km.

Seperti bandar-bandar lain di sabah, Beaufort tidak terkecuali dari dimusnahkan akibat pengeboman yang dilakukan oleh Askar Australia semasa perang Dunia Kedua. Oleh itu, terdapat Tugu Peringatan Starcevich di Beaufort yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Daerah Beaufort.

Struktur bangunan

salah satu kedai lama di Pekan Beaufort

Pekan Beaufort dikenali sebagai pekan tertua dan terkenal dengan sejarah penubuhannya iaitu oleh BNBC (British North Borneo Company).[1] Pada awal pembukaan pekan ini, telah dibina 2 buah deret rumah kedai yang dibuat daripada kayu, pejabat daerah, sebuah stesen keretapi yang beratapkan daun nipah dan sebuah balai polis.[1] Pembinaan pertama rumah kedai bagi Pekan Beaufort adalah seawal tahun 1920. Pembinaan rumah kedai di pekan Beaufort adalah berdepan dengan stesen keretapi Beaufort.[1] Pembinaan dua deret rumah kedai yang pertama di pekan ini pada awal pembinaannya diperbuat daripada kayu.[1] Pasca Perang Dunia Kedua terdapat penambahan pada deretan kedai di pekan Beaufort iaitu enam buah deret kedai telah dibina semasa pasca Perang Dunia Kedua.[1] Walau bagaimanapun, kebakaran yang telah berlaku menyebabkan dua buah deret rumah kedai mengalami kemusnahan.[1] Pada hari ini, pekan Beaufort hanya mempunyai empat deret rumah kedai yang masih berdiri dengan utuh dan stabil.[1]

Kemudahan awam

Beaufort juga merupakan salah satu perhentian Kereta Api Negeri Sabah. Khidmat perubatan turut dibekalkan oleh hospital kerajaan. Terdapat juga tiga klinik swasta dalam kawasan bandar. Kawasan ini biasanya dilawati oleh pelancong dengan tujuan ingin berakit melalui Jeram Padas di Sungai Padas.

Kemudahan lain

  • Hospital Beaufort
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort
  • Balai Bomba Beaufort
  • Perpustakaan Negeri Sabah, Beaufort
  • Kompleks Sukan Beaufort
  • Mahkamah Majistret dan Mahkamah Syariah

Bandar Berkembar

Selain itu, Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, Carolina Utara.[2]

Budaya

Tamu

Di sini juga terdapat pasar terbuka yang dikenali sebagai tamu. Ianya diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Pelbagai hasil keluaran tempatan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, daging, dan ayam hidup dijual. Hari tamu tersebut diadakan berbeza dari daerah lain. Beaufort juga terkenal dengan hidangan mee cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, yang dihidangkan secara kering atau berkuah.

Kawasan pilihan raya

Parlimen Ahli Parlimen Parti
Beaufort Siti Aminah Aching BN-UMNO
Sipitang Matbali Musah GRS-GAGASAN
Kimanis Mohamad Alamin BN-UMNO
Dewan Undangan Negeri Sabah Ahli Dewan Undangan Negeri Parti
Klias Isnin Aliasnih GRS-GAGASAN
Lumadan Ruslan Muharam GRS-PBS
Membakut Mohd Arifin Mohd Arif GRS-GAGASAN

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g Elsapaula Anak, Rejim (2019). "Rumah Kedai Bersejarah di Pantai Barat Sabah: Isu Pemeliharaan, Perlindungan dan Alternatif Cadangan". Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 4: 152–160 – melalui (MJ - SSH).
  2. ^ "Beaufort, North Carolina Sister Cities". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2008-07-15.

Pautan luar

  • Pejabat Daerah Beaufort
  • Majlis Daerah Beaufort
  • Kategori berkenaan Beaufort di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Konflik Spratly
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik