Ban Chiang

Ban Chiang is located in Bumi
Ban Chiang
Ban Chiang (Bumi)
Mapsunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ban Chiang (Bahasa Thai: บ้านเชียงcode: th is deprecated , disebut [bâːn tɕʰīa̯ŋ] Mengenai audio inilisten (bantuan·maklumat)) ialah sebuah tapak arkeologi di Daerah Nong Han, Provinsi Udon Thani, Thailand yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1992. Ditemui pada 1966, tapak ini mendapat perhatian melalui penemuan tembikar purba berwarna merah. Jabatan Seni Halus Thailand melakukan beberapa penggalian kecil pada 60-an dan 70-an, dan menemui rangka manusia, artifak-artifak gangsa serta aneka tembikar. Serpihan-serpihan beras juga ditemui, sekali gus terbentuk andaian bahawa penetap tapak ialah para petani. Kawasan kubur tertua tidak memiliki sebarang peralatan gangsa, dan oleh itu, berasal dari zaman Neolitik; kubur-kubur paling lewat bertarikh pada Zaman Logam.[1]

Rujukan

  1. ^ Southeast Asia: A Past Regained (Hardcover ed.). Alexandria VA: Time-Life Books. 1995. pp. 25–32. ISBN 9780809491124.

Pautan luar

  • Media berkenaan Ban Chiang di Wikimedia Commons
  • (Inggeris) Penyenaraian tapak oleh UNESCO
  • l
  • b
  • s