Apfelstrudel

Apfelstrudel

Apfelstrudel merupakan makanan strudel tradisional Vienna, ia merupakan pastri paling popular di Austria dan banyak negara Eropah lain yang bekas daripada jajahan Empayar Austria-Hungary (1867–1918).

Nama

"Strudel" berasal daripada perkataan bahasa Jerman, yang membawa maksud daripada perkataan Jerman Tinggi untuk "lubuk pusar"..[1]

Apfelstrudel juga dipanggil sebagai "jabolčni zavitek" dalam Slovenia, Almásrétes dalam Hungary[2] dan Apfelstrudel dalam Jerman.[2]

Sejarah

Resepi tertua strudel ini diketahui sejak 1696, apabila sebuah buku resipi di Wienbibliothek im Rathaus.[3]

Strudel mula menerima populariti pada abad ke-18 ketika pemerintahan Empayar Habsburg (1278–1780). Masakan Austrian dibentuk dan dicampur dengan masakan pelbagai bangsa (masakan Turki, Bosnia, Swiss, Alsatian, Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Bohemian–Moravia (Czech), Hungary, Poland, Croatia, Slovenian, Slovakia, Serbia dan juga Yahudi) ketika perluasan Empayar Habsburg.[4] Strudel berkait dengan pastri Uthmaniyyah, baklava yang tiba di Austria melalui orang Turki ke Hungary dan kemudian orang Hungary ke masakan Austria.[5]

Apfelstrudel antara menu kebangsaan Austria bersama dengan Wiener Schnitzel dan Tafelspitz.

Penyediaan

Bahan-bahannya adalah aiskrim vanila, krim yang disebati, kastard atau sos vanilla yang amat popular di beberapa negara. Apfelstrudel juga boleh dicampur melalui tea, kopi[2] ataupun champagne, yang merupakan salah satu hidangan utama di kafe Vienna.[6]

Rujukan

  1. ^ Oxford English Dictionary, second edition. 1989.
  2. ^ a b c June Meyers Authentic Hungarian Heirloom Recipes Cookbook
  3. ^ im 1696 erschienenen „Koch-Puech“ (vgl. Maier-Bruck 1993), welches sich im Bestand der Wienbibliothek im Rathaus befindet
  4. ^ Austrian cuisine
  5. ^ Über die Türken kam der Strudel dan nach Ungarn. Über Ungarn kam dan der Strudel nach Wien und eroberte von hier aus schließlich die ganze Welt.
  6. ^ Food and drinks in Viennese coffeehouse