Anjing pemburu rubah

Seekor anjing pemburu rubah Amerika

Anjing pemburu rubah atau foxhound[a] ialah sejenis hound pemburu besar yang dibiakbakakan untuk naluri perburuan kuat, deria bau tajam, dan salakan, tenaga, dorongan, dan kelajuannya.[1] Dalam pemburuan rubah, kawanan anjing pemburu rubah menjejak buruan, yang diikuti—biasanya secara berkuda—oleh pemburu, kadang-kadang sejauh beberapa batu; lebih-lebih lagi, anjing pemburu rubah juga kadang-kadang menjaga biri-biri dan rumah.

Terdapat pelbagai baka anjing pemburu rubah, yang masing-masing mempunyai ciri dan penampilan sedikit berbeza, dan setiap satunya kerap dipanggil foxhound di negara asal masing-masing:

American Masters of Foxhounds Association ("Persatuan Tuan Anjing Pemburu Rubah Amerika") mengiktiraf baka anjing pemburu rubah ini: Amerika, Penn-Marydel, Inggeris, dan anjing pemburu rubah baka silang.[2] International Foxhound Association ("Persatuan Anjing Pemburu Rubah Antarabangsa") diwujudkan pada tahun 2012 untuk promosi antarabangsa bagi anjing pemburu rubah sebagai baka.[3]

Ciri

Anjing pemburu rubah ialah anjing sederhana besar dan jantan biasanya berukuran seberat 29–32 kg (65–70 lb) dan betina seberat 27–29 kg (60–65 lb). Ketinggian untuk jantan berukuran 56–64 cm (22–25 in) dan betina berukuran 53–61 cm (21–24 in).[4] Anjing pemburu rubah mempunyai lapis bulu pendek dan tungkai panjang dan kuat, serta dada dalam untuk banyak ruang paru-paru.[5][6]

Pembawaan

Anjing pemburu rubah pada umumnya menunjukkan perangai lemah lembut dan penyayang. Anjing pemburu adalah amat aktif dan bertenaga dan, oleh itu, memerlukan kegiatan dan senaman. Anjing pemburu rubah suka bergaul dan anjing ini mempunyai stamina hebat, deria bau, dan suka berada dalam kawanan, kerana dibiakbakakan untuk berburu dalam kawanan.[4]

Pemburuan rubah

Dalam pemburuan rubah, kawanan anjing pemburu rubah menjejak dan mengejar rubah sementara pemburu menyusul secara berkuda. Pemburuan rubah telah beranjak selama bertahun-tahun dan mungkin berbeza bergantung pada negara. Sesetengah perubahan seiring dengan masa termasuk lebih tumpuan terhadap pengejaran daripada pembunuhan, dan pengejaran makhluk lain, seperti koyote, bukannya hanya rubah.[7]

Punca kematian paling lazim

Punca kematian paling lazim sesama anak anjing pemburu rubah merupakan penyakit pernafasan, anoreksia, dan penyahhidratan, kecelaruan kulit, penyakit perut usus, dan infarksi miokardium (serangan jantung).[8]

Masalah pernafasan pada anjing pemburu rubah

Sebuah kenel anjing pemburu rubah Inggeris pekerja dan pemburu di selatan England mengalami wabak tuberkulosis (TB) yang menjejaskan 180 ekor anjing pada lewat tahun 2016 dan awal tahun 2017. Kenel itu menempatkan anak anjing pemburu rubah sehingga dewasa, sehingga usia 8 tahun. Anjing pemburu rubah bekerja di enam buah kaunti dan sesetengah kaunti itu berada di "Kawasan Tepi" yang terjejas akibat tuberkulosis lembu.

Penyiasatan berlangsung yang terdiri daripada pengujian anjing dan penelitian lebih dalam terhadap kawasan serantau, diet anjing, dan malah lebih banyak faktor semasa pelaksanaan ujian dan pengumpulan maklumat. Anjing tersebut memakan daging mentah dan terdapat spekulasi mengenai diet yang mengandungi M. bovis yang menyebabkan TB kerana daging itu berasal dari kawasan yang terjejas akibat M. bovis.[9]

Pendaftaran

Pada tahun 2005, American Kennel Club melaporkan bahawa anjing pemburu rubah Inggeris dan anjing pemburu rubah Amerika merupakan baka berdaftar paling kurang dan baka berdaftar keempat paling kurang di Amerika Utara masing-masing dengan 22 dan 44 pendaftaran; baka berdaftar teratas, iaitu anjing pengutip Labrador, mempunyai 137,867 pendaftaran pada tahun sama.[10]

Anjing pemburu rubah ketara

  • Sweet Lips dan Virginia Hounds - George Washington membiakbakakan anjing pemburu rubah dan menikmati pemburuan rubah. Beliau memanggil kawanan anjing beliau Virginia Hounds. Sweet Lips ialah seekor anjing pemburu rubah betina, hasil wawasan beliau untuk membiakbakakan kawanan beliau untuk menghasilkan "anjing unggul" yang pantas dan cerdas.[11]
  • "Anjing negeri" bagi Negeri Virginia ialah anjing pemburu rubah Amerika.[4]
  • Old Drum - dikatakan telah menjadi inspirasi untuk frasa "Sahabat Baik Manusia" ("Man's Best Friend"), yang timbul daripada kes mahkamah tahun 1870 mengenainya.[12][13]
  • Mountain dan Muse - Pada tahun 1814, Duke Leeds menganugerahkan dua ekor anjing pemburu rubah Ireland, Mountain dan Muse, kepada seorang tetamu melawat, Bolton Jackson. Pasangan anjing masyhur ini bertukar tangan beberapa kali sebelum menuju ke Charles Carroll di estet beliau di Homewood. Keturunan bagi Mountain dan Muse masih berburu di wilayah di Maryland yang pernah ditempuhi oleh George Washington, Thomas Jefferson, Charles Carroll, dan Marquis de Lafayette.[14]
  • Colonel - Pada tahun 2011, Colonel milik Baron von Pfetten ialah Juara Pertunjukan Anjing Sedunia di Paris dan anjing pemburu rubah Inggeris pertama yang diundang untuk bertanding dalam pertandingan Juara Segala Juara terakhir di Brussel pada tahun sama.[15]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روبه; فوک‌سهاءونcode: ms is deprecated

Rujukan

  1. ^ "MFHA Kids" (PDF). Masters of Foxhounds Association of North America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Oktober 2022. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  2. ^ "MFHA - Foxhound Registration". Masters of Foxhounds Association of North America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ "International Foxhound Association (IFA)". Net1901.org (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ a b c "American Foxhound". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "English Foxhound". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ "Official Standard for the American Foxhound" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "History of American Foxhunting". Masters of Foxhounds Association of North America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  8. ^ Potkay, S.; Bacher, J. D. (Februari 1977). "Morbidity and mortality in a closed foxhound breeding colony". Laboratory Animal Science (dalam bahasa Inggeris). 27 (1): 78–84. ISSN 0023-6764. PMID 557706.
  9. ^ O'Halloran C, Hope JC, Dobromylskyj M, dll. An outbreak of tuberculosis due to Mycobacterium bovis infection in a pack of English Foxhounds (2016–2017) (Inggeris). Transbound Emerg Dis. 2018;65:1872–1884. https://doi.org/10.1111/tbed.12969
  10. ^ American Kennel Club. "Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2007.
  11. ^ Flaim, Denise (18 Mei 2020). "By George: A Founding Father and his American Foxhounds". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ Coren, Stanley (21 Oktober 2009). ""A Man's Best Friend is his Dog": The Senator, the Dog, and the Trial" (dalam bahasa Inggeris). Psychology Today. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  13. ^ The Trial of Old Drum (Inggeris) – New York Times Television Review – 9 Jun 2000
  14. ^ Fine, Norman (2010). Foxhunting Adventures: Chasing the Story (dalam bahasa Inggeris). Derrydale Press. m/s. 24/30. ISBN 978-1461661399.
  15. ^ Poole, Clare. "The World Salutes "Colonel"". Ecovertside.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2017. Dicapai pada 8 Jun 2024.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Tingkah laku
Kesihatan
Pelatihan
Jenis
Baka
Kerja
Interaksi
manusia–anjing
  • Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus