Amukan Pocong

  • Drama
  • seram
Ditulis olehSofia J. RhylandPengarahAidilfitri Md. Yunos
Dibintangi oleh
  • Azhan Rani
  • Ezany Nizariff
  • Iqram Dinzly
  • Elly Mazlein
Lagu pembukaan"Mungkin Ada Lagi" oleh HanLagu penutup"Mungkin Ada Lagi" oleh HanNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod13PenerbitanPenerbit eksekutifAdli Bakri ShaaryPenerbitNor Aliah LeePenyunting
  • Johan Bahar
  • Fazidi Rosli
  • Hafiz Che Noh
Lokasi
  • Kuala Lumpur
  • Damansara, Kuala Lumpur
  • Hulu Langat, Selangor
  • Sungai Buloh, Selangor
SinematografiNazir AhmadTempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Padi PicturesPenyiaranSaluran asalTV3Format gambar480i (SDTV)Format audioStereoSiaran asal15 Mac 2012 – 7 Jun 2012KronologiMengikutiSantau MerasukDiikuti olehWaris

Amukan Pocong ialah sebuah siri drama televisyen seram ghaib Malaysia 2012 dibintangi oleh Azhan Rani, Ezany Nizariff, Iqram Dinzly dan Elly Mazlein. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 15 Mac 2012 hingga 7 Jun 2012 menggantikan Santau Merasuk.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis

Mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan dua orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun, tindakan mereka juga telah ‘membangkitkan’ pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah janjikan sebelum ini. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

Pelakon

Utama

Pembantu

Penampilan khas

Penerbitan

Menurut pengarah drama ini, Aidilfitri Md Yunos, Amukan Pocong tidak hanya menampilkan unsur hantu, namun masalah ketagihan judi yang mengakibatkan kehilangan wang simpanan yang menjurus kepada kegiatan jenayah serius. "Kami berharap drama ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan kesedaran dan memberi amaran kepada penonton tentang bahaya dan kesan negatif kerana judi boleh memusnahkan kehidupan dalam sekelip mata jika tidak berhati-hati. Malah, drama ini juga menceritakan kisah hantu pocong yang selama ini dianggap makhluk itu suka melompat sedangkan ia sebenarnya berguling".[4]

Rujukan

  1. ^ Budiey (22 Februari 2012). "Drama Amukan Pocong". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2014.
  2. ^ "Selepas Santau Merasuk, Amukan Pocong bakal mengamuk di Slot Seram TV3". Selebriti Online. 15 Mac 2012. Dicapai pada 17 April 2014.
  3. ^ Amukan Pocong (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (29 Februari 2012). "'Amukan Pocong' Beri Pengajaran Kepada Penonton". mStar Online. Dicapai pada 17 April 2014.
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.