Algoritma gelintar

Contoh algoritma gelintar, jadual cincang.

Dalam bidang sains komputer, algoritma gelintar atau algoritma carian ialah algoritma yang direka cipta untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan suatu gelintar atau carian. Algoritma gelintar dikenali sebagai search algorithm dalam bahasa Inggeris.[1][2] Algoritma gelintar berfungsi untuk mendapatkan semula maklumat yang disimpan dalam struktur data tertentu, atau dikira dalam ruang carian domain masalah, dengan nilai diskret atau berterusan. Kebiasaanya, algoritma gelintar digunakan bergantung pada struktur data yang sedang dicari. Algoritma gelintar boleh dibuat lebih pantas atau cekap oleh struktur pangkalan data yang telah dibina khas, seperti pepohon gelintar dan jadual cincang.[3][4]

Algoritma gelintar boleh dibahagikan berdasarkan mekanisme carian mereka kepada tiga jenis algoritma yang berbeza iaitu linear, perduaan atau binari dan pencincangan. Algoritma gelintaran linear (dikenali sebagai linear search dalam bahasa Inggeris) dilakukan dengan menyemak satu persatu item demi mencari item yang dikehendaki dan dikaitkan dengan kunci secara linear.[5] Seterusnya, algoritma gelintaran perduaan (dikenali sebagai binary search dalam bahasa Inggeris) bakal dilakukan dengan menyemak item yang berada di tengah-tengah atau dibahagikan kepada separuh dengan sama rata. Akhir sekali, algoritma pencincangan yang di mana terus memetakan kunci kepada item dikehendaki berdasarkan fungsi cincangan.[6]

Rujukan

  1. ^ "search algorithm". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ "search algorithm". Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ Beame & Fich 2002, m/s. 39. sfn error: no target: CITEREFBeameFich2002 (help)
  4. ^ Knuth 1998, §6.5 ("Retrieval on Secondary Keys"). sfn error: no target: CITEREFKnuth1998 (help)
  5. ^ Knuth 1998, §6.1 ("Sequential Searching"). sfn error: no target: CITEREFKnuth1998 (help)
  6. ^ Knuth 1998, §6.4, (Hashing). sfn error: no target: CITEREFKnuth1998 (help)

Bibliografi

  • Knuth, Donald (1998). Sorting and Searching. The Art of Computer Programming (dalam bahasa Inggeris). 3 (ed. 2nd). Reading, MA: Addison-Wesley Professional.
  • Schmittou, Thomas; Schmittou, Faith E. (2002-08-01). "Optimal Bounds for the Predecessor Problem and Related Problems". Journal of Computer and System Sciences. 65 (1): 38–72. doi:10.1006/jcss.2002.1822.