450 SM

Milenium: milenium pertama SM
Abad:
  • abad ke-6 SM
  • abad ke-5 SM
  • abad ke-4 SM
Dekad:
  • 47-an SM
  • 46-an SM
  • 45-an SM
  • 44-an SM
  • 43-an SM
Tahun:
  • 453 SM
  • 452 SM
  • 451 SM
  • 450 SM
  • 449 SM
  • 448 SM
  • 447 SM


Peristiwa

Mengikut tempat

Yunani

  • Cimon, jeneral Athens, belayar ke Cyprus dengan 200 buah kapal trirem Liga Delos. Di sana, beliau menghantar 60 buah kapal ke Mesir untuk membantu tentera Mesir di bawah Amyrtaeos yang sedang bertempur dengan angkatan Parsi di Delta Nile. Cimon menggunakan kapal-kapal yang tinggal untuk membantu pemberontakan negara-negara kota Yunani Cypriot terhadap penguasaan Parsi di pulau itu. Cimon mengepung kubu Parsi di Citium yang terletak di pantai barat daya Cyprus tetapi pengepungan itu gagal, dan Cyprus kekal di bawah penguasaan Phoenicia dan Parsi.
  • Semasa pengepungan, Cimon meninggal dunia dan kuasa pemerintahan armada diberikan kepada Anaxicrates. Anaxicrates bertolak dari Citium untuk melawan armada Phoenicia dalam Pertempuran Salamis di Cyprus. Armada Yunani menewaskan tentera Parsi dan sekutu-sekutunya, dan kemudian kembali ke Athens.
  • Athens mengurangkan ufti yang dikenakan pada negara-negara kota taklukannya (iaitu ahli-ahli Liga Delos), dan setiap kota dibenarkan mencetak duit syiling sendiri.
  • Candi Theseus disiapkan di Athens.
  • Perdiccas II mewarisi Alexander I sebagai raja Macedon (tarikh anggaran).
  • Myron membuat arca gangsa Pelempar Cakera (Discobolus). Salinan Rom kini berada di Museo Nazionale Romano, Rom (tarikh anggaran).

Republik Rom

  • Kejayaan Perintahan Bersepuluh pertama menyebabkan pelantikan Perintahan Bersepuluh yang kedua yang juga termasuk orang-orang marhaen antara ahli-ahlinya. Perintahan Bersepuluh yang kedua ini menambahkan lagi dua tajuk kepada sepuluh tajuk yang dahulu dan dengan itu, melengkapkan Undang-undang Dua Belas Jadual (Lex Duodecim Tabularum) yang kemudian menjadi teras undang-undang Rom buat berabad-abad yang berikut. Bagaimanapun, pemerintahan Perintahan Bersepuluh ini beransur-ansur menjadi semakin ganas dan zalim.

Sicily

  • Selepas kejayaan-kejayaan permulaan yang kecil (termasuk penawanan Inessa daripada kolonis-kolonis Yunaninya), Ducetius, seorang ketua keyunanian Siculi (penduduk-penduduk kuno Sicily), ditewaskan secara muktamad oleh gabungan angkatan tentera Syracuse dan Acragas. Ducetius melarikan diri dalam buangan ke Corinth.

Mengikut topik

Seni

  • Zaman peralihan (Zaman Klasik Awal) seni arca berakhir di Yunani, dan disusuli oleh Zaman Klasik Tinggi (tarikh anggaran).
  • Polykleitos dari Argos mengembangkan satu set peraturan untuk mencipta susuk badan manusia yang sempurna (tarikh anggaran).
  • Polygnotos dari Thasos menamatkan kerjayanya (tarikh anggaran).
  • Bangunan Bouleuterion lama di sebelah barat Agora kuno Athens dibina (tarikh anggaran).
  • k.k. 450 SM - 440 SM - Polykleitos mencipta arca gangsa Pelembing (Doryphoros). Salinan Rom kini berada di Museo Archeologico Nazionale, Naples, Itali.
  • k.k. 450 SM - 440 SM - Lukisan kanak-kanak perempuan dengan burung pada sebuah batu perkuburan di Paros, dibuat dan kini berada di Muzium Seni Metropolitan, New York.
  • k.k. 450 SM - 440 SM - Lukisan wanita dengan pembantunya dalam gaya Achilles Painter, iaitu hiasan latar belakang putih dengan susuk badan hitam pada tembikar lekitos, dan lukisan tambahan dengan menggunakan tempera, dibuat, dan kini berada di Muzium Seni Halus, Boston.

Kelahiran

Kematian

  • Cimon, negarawan dan jeneral Athens (lahir k.k. 510 SM)
  • Alexander I, raja Macedon (tarikh anggaran)