Émile Mpenza

Émile Mpenza
Maklumat peribadi
Nama penuh Eka Basunga Lokonda Mpenza
Tarikh lahir (1978-07-04) 4 Julai 1978 (umur 45)[1]
Tempat lahir Zellik, Belgium
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1986–1989 LC Mesvins
1989–1995 Kortrijk
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1995–1996 Kortrijk 32 (5)
1996–1997 Mouscron 31 (12)
1997–1999 Standard Liège 46 (20)
2000–2003 Schalke 04 79 (28)
2003–2004 Standard Liège 28 (21)
2004–2006 Hamburger SV 36 (5)
2006–2007 Al-Rayyan 19 (9)
2007–2008 Manchester City 25 (5)
2008–2009 Plymouth Argyle 9 (2)
2009–2010 Sion 31 (21)
2010–2012 Neftchi Baku 31 (6)
2013–2014 Eendracht Aalst 0 (0)
Jumlah 367 (134)
Pasukan kebangsaan
1995–1996 Belgium U18 7 (6)
1995 Belgium B19 7 (0)
1996 Belgium B21 3 (0)
1997–2009 Belgium 57 (19)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Mac 2012 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Mei 2012 (UTC)

Eka Basunga Lokonda "Émile" Mpenza (lahir 4 Julai 1978) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penyerang.

Kerjaya kelab

Mpenza memulakan kerjaya bola sepaknya di KV Kortrijk dan kemudian berpindah ke kelab RE Mouscron dan Standard Liège bersama abangnya, Mbo yang bermain pada kelab itu. Pada tahun 2000, beliau berpindah ke kelab Jerman, FC Schalke 04 sebagai pertukaran dengan pemain Michaël Goossens. Di Schalke, beliau bermain dengan cemerlang bersama penyerang berbisa, Marc Wilmots dan Ebbe Sand tetapi gagal untuk merebut takhta gelaran liga pada hari terakhir musim. Beliau kembali ke Standard tiga tahun kemudian. Pada musim 2004-05, beliau kembali semula ke Jerman apabila beliau ditandatangani oleh Hamburger SV dengan bayaran 2.5 juta euro. Walau bagaimanapun pada 2006, beliau membuat perpindahan mengejut ke kelab Qatar, Al Rayyan.

Manchester City

Mpenza menandatangani kelab Manchester City pada 14 Februari 2007. Beliau membuat penampilan pertama bersama City menentang Wigan Athletic pada 3 Mac 2007. Beliau menjaringkan gol pertamanya pula ketika menang 2–0 ke atas Middlesbrough pada 17 Mac 2007.

Mpenza menjaringkan gol pertama untuk City ketika perlawanan pramusim untuk musim 2007-08 menentang Doncaster Rovers. Disebabkan ramai pemain dibawa masuk oleh pengurus baru, Sven-Göran Eriksson pada musim panas 2007, beliau terpaksa keluar dari kelab itu.

Plymouth Argyle

Beliau menandatangani kelab divisyen tiga Inggeris, Plymouth Argyle pada 2 September 2008.[3] Mpenza membuat debut untuk Argyle ketika menang 2–1 ke atas Norwich City pada 13 September. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika seri 2-2 menentang Charlton Athletic.

Sion

Pada musim 2009–10, Mpenza menandatangani kontrak satu tahun bersama kelab Switzerland, FC Sion. Beliau bermain sebanyak 32 perlawanan dan sempat menjaringkan 21 gol.

Neftchi Baku

Pada Ogos 2010, beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Liga Perdana Azerbaijan, Neftchi Baku. Beliau meninggalkan kelab itu pada Januari 2012 selepas kehilangan posisinya pada musim 2011-12.

Eendracht Aalst

Mpenza menandatangani kontrak setahun bersama kelab terakhirnya, Eendracht Aalst pada 1 Oktober 2013.

Kerjaya antarabangsa

Mpenza telah bermain bersama pasukan kebangsaan Belgium sejak 1997. Beliau juga mewakili pasukan kebangsaannya di Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Malangnya, beliau tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia 2002 kerana mengalami kecederan.

Gol antarabangsa

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
7 Jun 1997 Brussels, Belgium  San Marino 3–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia 1998
2
4–0
3
3 Februari 1999 Limassol, Cyprus  Cyprus
0–1
0–1
Persahabatan
4
18 Ogos 1999 Brugge, Belgium  Finland
3–4
3-4
Persahabatan
5
4 September 1999 Rotterdam, Belanda  Belanda
5–5
5–5
Persahabatan
6
7 September 1999 Liège, Belgium  Maghribi
3–0
4–0
Persahabatan
7
29 Mac 2000 Brussels, Belgium  Belanda
2–0
2–2
Persahabatan
8
10 Jun 2000 Brussels, Belgium  Sweden
2–0
2–1
UEFA Euro 2000
9
16 Ogos 2000 Sofia, Bulgaria  Bulgaria
0-2
1–3
Persahabatan
10
28 Februari 2001 Brussels, Belgium  San Marino
2–0
10–1
Kelayakan Piala Dunia 2002
11
25 April 2001 Prague, Republik Czech  Republik Czech
0–1
1–1
Persahabatan
12
2 Jun 2011 Brussels, Belgium  Latvia
2-0
3–1
Kelayakan Piala Dunia 2002
13
12 Februari 2003 Annaba, Algeria  Algeria 0–1 1–3 Persahabatan
14
0–3
15
26 Mac 2005 Brussels, Belgium  Bosnia dan Herzegovina 1–1 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2006
16
4–1
17
10 Jun 2000 Brussels, Belgium  Yunani
1–0
2–0
Persahabatan
18
10 Oktober 2010 Brussels, Belgium  Turki 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
19
2–0

Penghargaan

Kelab

FC Schalke 04
  • DFB-Pokal: 2000–01, 2001–02
Hamburger SV
  • Piala Intertoto UEFA: 2005
Neftchi Baku

Individu

  • Pemain Bola Sepak Muda Profesional Belgium: 1996–97
  • Kasut Eboni Belgium: 1997
  • Pemain Bola Sepak Terbaik Belgium di Kejohanan Antarabangsa: 2000
  • Pemain Terbaik Musim Standard Liège: 2003–04

Rujukan

  1. ^ "Emile Mpenza". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai pada 7 August 2011.
  2. ^ "Emile Mpenza". ESPNsoccernet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 7 August 2011.
  3. ^ "Mpenza pens deal". Plymouth Argyle FC. 2 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-12. Dicapai pada 2 September 2008.

Pautan luar

  • Laman web Soccerbase: Émile Mpenza
  • (Inggeris) Profil Émile Mpenza di National-Football-Teams.com
Skuad Belgium
  • l
  • b
  • s
Skuad BelgiumPiala Dunia FIFA 1998
Belgium
  • l
  • b
  • s
Skuad BelgiumUEFA Euro 2000
Belgium
Persondata
Nama Mpenza, Emile
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Belgian footballer
Tarikh kelahiran 4 July 1978
Tempat kelahiran Zellik, Belgium
Tarikh kematian
Tempat kematian